Alhamdulillah, Evolusi Minda Berjaya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Inilah kali pertama saya menulis dan juga kali pertama menemui anda melalui blog. Sebenarnya blog ini sudah lama disetup tapi hari ini baru ada masa untuk mencatat sesuatu. Sebelum ini agak sibuk dengan persiapan seminar. Alhamdulillah, Seminar Evolusi Minda anjuran saya telah berjaya dilangsungkan dalam keadaan yang sangat membanggakan. Seminar yang diadakan di Hotel Armada dari jam 9.00 pagi hingga 5.30 petang ini; mengupas pelbagai rahsia kebahagiaan, kekayaan dan kejayaan dengan hanya mengubah cara berfikiran.

Seramai 62 orang peserta hadir dari pelbagai lapangan bidang. Ada yang dari MLM, Unit Trust dan tidak ketinggalan juga IM. Antara yang datang Syed Ikhwan, Yusry dan termasuk Team Flarebiz.

Ramai yang teruja dengan ilmu dan teknik yang diterangkan. Banyak juga respon-respon yang memberangsangkan. “Alhamdulillah” detik hati saya. Saya tidak berniat untuk mengajar tapi hanya menyampaikan. Dengan adanya ilmu ini kita akan lebih mudah menjalani hidup baik dari segi kebahagiaan, kesihatan dan malahan kewangan.

Salam Evolusi daripada saya.

Hello world!

Welcome to WordPress. This is your first post. Edit or delete it, then start blogging!